CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, June 13, 2012

Kini aku seorang GURU

Teringat zaman sekolah dahulu, xterlintas langsung dalam pemikiranku untuk menjadi seorang guru kerana aku sedar kemampuan diriku.. Aku tidak pandai seperti orang lain.. Aku tidak berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat universit kerana keputusan SPM ku tidak melayakkan aku untuk berbuat demikian.. Namun begitu, aku telah diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran di Tingkatan 6.. Aku bersyukur walaupon tidak menjejakkan kaki ke universiti, aku masih mempunyai peluang untuk belajar di Tingkatan 6.. Ramai orang mengatakan bahawa belajar di Tingkatan 6 ini susah.. Namun. aku tidak mempedulikan pendapat tersebut kerana aku berharap ia akan memberi peluang untuk aku melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi..


Jika dahulu, aku mungkin agak gementar ketika berdiri di depan khalayak ramai.. Tapi kini aku berjaya melawan perasaan yg melanda diriku itu..

Tuesday, June 12, 2012

Setelah sekian lama menghilangkan diri, kini aku muncul semula untuk mencoretkan sesuatu.. Dalam tempoh itu juga, banyak kenangan yg telah aku lalui.. ada yang manis dan ada yang  pahit.. Namun aku tetap tabahkan hati untuk menghadapinya... Betul kata orang, hidup ini ibarat roda yang berputar..   kadang kita di atas, kadang kita di bawah.. kadang kita  bergembira, kadang kita bersedih...

Tuesday, August 18, 2009

Projek Warga

Selama 4 hari aku perlu berada di Hotel Bayview bagi menjalani kursus yang dianjurkan oleh USM iaitu yang dikenali sebagai Projek Warga. Dalam projek ini, diberi taklimat mengenai dasar awam. Perkara ini merupakan sesuatu yang baru kerana kami banyak didedahkan isu yang dibangkitkan oleh golongan tertentu mengenai rasa ketidakpuasan hati mereka melalui saluran yang betul. kami telah diberi tugas untuk mewujudkan dasar awam yang baru. masalah yang perlu kami kaji adalah masalah yang berkaitan dengan keadaan persekitaran kami.

Tuesday, April 21, 2009

Bebas....

Leganya aku sebab dah abis exam. Klau x, mesti menempek kat library je. hehehe. Padahal bukannye study sgt pun, stakat kumpul nota je. Kepada kawan-kawanku yang lain, selamat berjuang lagi sehingga paper yang terakhir.

Wednesday, April 1, 2009

HMT 329: PENGEMBARAAN KE GURNEY

Pada 22 Mac 2009, kami, pelajar HMT329 bersama-sama Dr. Radiah dan Cik Helina telah memulakan penggembaraan kami ke Gurney. Kami semua berkumpul di pondok yang berada di hadapan masjid USM. Pada masa itu, Dr Radiah telah memperkenalkan seorang guru Pusat Bahasa yang bernama Helina yang berasal dari Korea. Semasa di pondok itu, kebanyakan orang telah bertanya-tanya ‘bagaimana hendak ke Gurney? Jalan kaki atau bas USM’. Kami terfikir bahawa kami mungkin akan jalan kaki kerana kami semua pernah mengalami jalan kaki ke Queensbay semasa mengambil kursus Sosiolinguistik. (ha ha ha…). Sebenarnya Dr Radiah mengadakan penggembaraan ini bukan sahaja untuk berseronok tetapi untuk menjalankan tugasan kami. Dr. Radiah telah membahagikan kami semua kepada beberapa kumpulan dan ahli kumpulan kami terdiri daripada Toh Wui Haur, Saiful, dan Norazri.

Pada mulanya, kami semua telah menaiki bas ‘Milan’ ke Komtar. Selepas sampai di Komtar, kami semua terus menunggu untuk menaiki bas percuma untuk pergi ke Padang Kota. Pada masa itu, kami semua berharap dapat mengunjungi Kota Cornwallis tetapi malangnya pada hari itu, Kota Cornwallis tidak buka.

Sepanjang penggembaraan ini, kumpulan kami telah mendapati serba sedikit perkara yang berkaitan dengan linguistik. Salah satunya adalah perbezaan antara bas ‘Milan’ dan bas ‘Rapid’. Kumpulan kami dapati bahawa bas ‘Rapid’ lebih selesa berbanding bas ‘Milan’. Hal ini kerana bas ‘Rapid’ mempunyai hawa dingin. Namun, dari segi bilangan tempat duduk pula, bas ‘Milan’ mempunyai bilangan tempat duduk yang lebih banyak daripada bas ‘Rapid’.

Selain itu, ahli kumpulan kami juga telah mengenal pasti kesilapan penterjemahan pada papan perniagaan. Sebagai contoh, ‘Nasi Lemak dan Mee Goreng’ telah diterjemahkan ke bahasa Mandarin sebagai 椰浆饭及印度炒面 ‘ye jiang fan ji yin du chao mian’. Didapati dalam bahasa Mandarin, kami dapati wujud perkataan ‘印度’ (India) selepas diterjemahkan tetapi dalam bahasa Melayu tidak wujud perkataan tersebut. Tambahan pula, kami juga dapat mengenal pasti wujud kesilapan penggunaan sesuatu perkataan. Yang dimaksudkan ialah penggunaan perkataan bahasa Inggeris dalam ayat bahasa Melayu. Misalnya, ‘Kawalan Sprinkler Injap Dan Pam’ (gambar1) dan juga Kedai Pajak yang memajak surat pajak, emas, dan Handphone. Sprinkler dan Handphone merupakan bahasa Inggeris tetapi digunakan dalam ayat bahasa Melayu.

GAMBAR 1


Di samping itu, kesilapan penggunaan preposisi di dan imbuhan awalan di- juga wujud dalam segelintir papan tanda. Preposisi di digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat (Nik Safiah Karim. Tatabahasa Dewan. 2004:252). Kata sendi ini ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya seperti di rumah, di belakang dan di kalangan guru. Berdasarkan Tatabahasa Dewan (2004: 168) lagi, awalan di- ialah awalan yang digabungkan dengan kata dasar untuk membentuk kata kerja ayat pasif bagi ayat-ayat yang subjek asalnya terdiri daripada pelaku orang ketiga. Namun, dalam sesetengah papan tanda telah menggunakan kedua-dua preposisi di dan awalan di- dengan silap. Sebagai contoh gambar 2 dan 3.



GAMBAR 2



GAMBAR 3


Dari segi aspek hormat pula, kebanyakan kedai di Gurney, kami dapati penjual-penjual di kebanyakan kedai tidak menggunakan kata sapaan atau bentuk panggilan semasa melayani tetamu. Kata sapaan yang dimaksudkan adalah seperti Puan, Tuan, Cik, Miss, Mr. dan sebagainya. Mereka akan biasanya akan terus melayani tetamu mereka. Namun tidak semua kedai di Gurney sebegitu, terdapat sebilangan kedai yang menggunakan aspek hormat semasa melayani hormat. Misalnya, semasa kami melalui kedai Sushi King, pelayan di sana akan mengucapkan Selamat Datang dan Selamat Tinggal dalam bahasa Jepun. Hal ini dapat mewujudkan suasana yang mesra.

Kami juga telah mengenal pasti bahasa yang telah digunakan oleh penjual semasa melayani pelanggannya. Semasa saya (Wui Haur), Siew Foong, Siet Li dan Hui Ying pergi ke gerai cermin mata, penjual itu terus menggunakan dialek Hokkien dengan kami manakala semasa Saiful dan Azri pergi ke kedai itu, penjual itu telah menggunakan bahasa Melayu semasa bercakap dengan mereka. Hal ini mungkin disebabkan kebanyakan orang Pinang mahir dalam dialek Hokkien. Jadi secara automatis, penjual tersebut akan terus menggunakan dialek Hokkien semasa melayani kami.

Selain daripada itu, kumpulan kami juga mendapati terdapat sesetengah perkara yang telah menggunakan simbol dan singkatan untuk mewakili sesuatu. Sebagai contoh, tandas-tandas di Gurney telah menggunakan lambang lelaki dan perempuan untuk membezakan kedua-dua tandas itu. Hal ini mungkin sesuai kerana ada sesetengah yang tidak mahir dalam bahasa Inggeris dan terpaksa melihat simbol tersebut. Dalam segi penggunaan singkatan pula, kami dapati wujudnya penggunaan singkatan dalam papan tanda. Sebagai contoh, SMK (L) Methodist. Singkatan ‘L’ ini telah melambangkan bahawa itu merupakan sekolah lelaki. Namun apabila diterjemahkan dalam bahasa Inggeris iaitu ‘Methodist Boy’s School’, tiadanya wujudnya penggunaan singkatan tetapi telah menggunakan perkataan ‘boy’ untuk menggantikan singkatan ‘L’.

Sebenarnya, sepanjang penggembaraan ini, kami memang memperoleh pelbagai manfaat. Selain dapat merapatkan hubungan kami semua, kami juga dapat menunjukkan semangat kerjasama dan berpasukan kami. Di sini, ahli kumpulan kami ingin mengambil kesempatan ini untuk berterima kasih kepada ibu bapa kami, pensyarah-pensyarah USM, guru-guru sekolah menengah mahupun sekolah rendah dan kawan-kawan kami yang telah membantu kami dalam mengatasi sebarang dugaan yang dihadapai sejak kecil lagi hinggalah sekarang. Tanpa kamu semua, memang perjalanan kami ke hari ini memang sukar. Dengan tulus ikhlas, kami ucapkan sekali lagi terima kasih kepada semua orang yang kami hormati dan sayangi. Terima kasih.










Mohd. Saiful Bahri B. Mohd Shah (13)
Norazri B. Ismail (14)
Toh Wui Haur (27)

HMT329: Sebutan Gong Xi Fai Chai

Gong Xi Fai Cai - (Bahasa Mandarin)
Gong Hei Fat Chou - (Bahasa Cantonese)
Kiong He Huat Cai - (Dialek Hokkien)

Thursday, March 5, 2009

Langkah-langkah menggunakan software ImTOO DVD Subtitle Ripper

Masukkan DVD yang ingin anda rip sarikatanya ke dalam pemain DVD (DVD drive) komputer atau laptop anda.
Skrin utama software tersebut akan dibuka dan sedia untuk digunakan.

Pilih ikon untuk membuka DVD yang ingin anda rip sarikatanya.
Pilih format sarikata pada bahagian kanan software tersebut.
Pilih ikon untuk mulakan proses ripping.

Friday, February 6, 2009

HMT329: Perbandingan Posisi Konsep Milik

Pendahuluan

Esei ini membincangkan penggunaan konsep milik dalam dialek Utara yang dituturkan oleh Azri dan dialek Hakka yang dituturkan oleh Koh Siew Kin. Esei ini bertujuan untuk membandingkan struktur ayat dari segi penggunaan konsep milik.

Analisis Data

Contoh 1:

Bahasa Melayu standard
Itu tiket awak

Dialek Utara
Tu tiket hang

Dialek Hakka
Di kai hei yea dei fui

Dalam contoh pertama di atas, terdapat dua dialek yang dikaji iaitu dialek Utara dan dialek Hakka. Dalam dialek Utara, kata 'hang' membawa makna 'awak' dalam bahasa Melayu standard. Seterusnya, kata 'yea' juga bermakna 'awak' dalam dialek Hakka. Dalam kedua-dua dialek ini, terdapat kata yang mempunyai makna yang sama tetapi kata yang diungkap berlainan dalam kedua-dua dialek ini. Dalam bahasa Melayu standard, kedua-dua ayat di atas juga mempunyai makna yang sama iaitu 'itu tiket awak'.

Berdasarkan ayat-ayat di atas, didapati bahawa konsep milik muncul selepas frasa nama iaitu 'tiket' dalam dialek Utara tetapi konsep milik muncul sebelum frasa nama 'fui' (tiket) dalam dialek Hakka. Perkara ini menunjukkan bahawa terdapat perbezaan penggunaan konsep milik kerana perbezaan struktur ayat dalam kedua-dua dialek iaitu dialek Utara dan dialek Hakka. Manakala perbandingan kedua-dua dialek tersebut dengan bahasa Melayu standard pula, menunjukkan bahawa ayat dalam dialek Utara mempunyai posisi yang sama dengan bahasa Melayu standard. Perkara ini berbeza dalam dialek Hakka iaitu posisi penggunaan konsep milik adalah sebelum frasa nama.

Contoh 2:

Bahasa Melayu standard
Dia mempunyai ang pau yang banyak.

Dialek Utara
Dia ada banyak ang pau.

Dialek Hakka
Ki you hai do hang pao.

Dalam contoh kedua di atas, kata 'dia' dan ‘ki’ (dia) membawa makna 'dia' dalam dialek Utara dan dialek Hakka. Dalam kedua-dua dialek ini, terdapat kata yang mempunyai makna yang sama tetapi kata yang diungkap berlainan dalam kedua-dua dialek ini. Dalam bahasa Melayu standard, kedua-dua ayat di atas juga mempunyai makna yang sama iaitu 'Dia mempunyai ang pau yang banyak'.

Berdasarkan ayat-ayat di atas, didapati bahawa konsep milik muncul sebelum frasa nama iaitu 'ang pau' dan ‘hang pao’ dalam dialek Utara dan dialek Hakka. Perkara ini menunjukkan bahawa terdapat persamaan penggunaan konsep milik dalam kedua-dua dialek iaitu dialek Utara dan dialek Hakka. Manakala perbandingan kedua-dua dialek tersebut dengan bahasa Melayu standard telah menunjukkan bahawa ayat dalam dialek Utara dan dialek Hakka juga mempunyai posisi yang agak sama dengan bahasa Melayu standard.

Kesimpulan

Selepas analisis dijalankan, kami telah mendapati bahawa perbezaan dan persamaan penggunaan konsep milik antara dialek Utara dengan dialek Hakka yang mengikut ayat yang digunakan seperti contoh-contoh di atas. Dengan itu, perbezaan dan persamaan posisi konsep milik ini boleh dilihat dari segi struktur ayat dalam dialek yang masing-masing.

ANALISIS KONSTRATIF “LAGU UNTUKMU”

Lagu Untukmu

Tiada bintang
Dapat menerangkan hati yang telah dicelah
Bagaiku lumpuh tak mampu berdiri
Aku tetap begini
Takkan berubah kerna aku tetap aku
Dan lalu rindumu bukanlah aku

Bahagia kau dan fikiranmu
Berbeza
Kau dan juga aku
Dua hati yang tak mungkin bersatu

Apakah aku
Hanya boneka yang sering engkau mainkan
Yang dikawal oleh jari-jarimu
Ku punya hati dan perasaan pernahkah engkau fikirkan
Cukup cukup oh cukuplah

Tak faham tak faham
Tak dapat ku faham
Melayan sikapmu perawan
Berbeza-berbeza
Kau dan aku berbeza
Kita memang tak serupa
Bebaskan bebaskan
Kunci dilepaskan
Kita tidak sehaluan
Cukuplah sudahlah
Sampai di sini saja
Hubungan kita berdua

sumber: http://www.jiwang.org/portal/modules/liriklagu/liriklagu-comm.php?id=14557

Pada pendapat saya, "Lagu Untukmu" ini memaparkan luahan seseorang terhadap apa yang dialaminya kepada seseorang yang mempunyai hubungan dengannya. Dalam konteks ini, saya ingin mengaitkan lagu tersebut dengan hal isu percintaan remaja sekarang. Hal ini kerana, terdapat persamaan yang jelas antara lirik lagu itu dengan realiti kehidupan sekarang.

Perkara yang dapat dilihat bahawa seseorang yang dimaksudkan dalam lagu tersebut mengalami krisis dengan pasangannya. Dia juga mungkin berasa tertekan disebabkan oleh sikap pasangannya itu dan tiada apa - apa yang boleh menenangkan hatinya. Dia juga merasakan tiada keserasian di antara mereka disebabkan fikiran yang berbeza.

Seterusnya, individu tersebut merasakan dia sudah tidak tahan lagi dipermainkan dan dikongkong oleh pasangan dan tibalah masa untuk dia mengambil keputusan yang boleh menenangkan hatinya.

Oleh yang demikian dia mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan dengan kekasihnya kerana itulah yang dirasakannya jalan penyelesaian yang terbaik untuk kedua-dua pihak.

HMT 329:Langkah Menganalisis Data Konkordan.

Berdasarkan kuliah pada 15 Jan 2009, topik perbincangan melibatkan hal berkaitan cara untuk membuat konkordans.
Langkah pertama yang perlu dilakukan adalah membuat satu folder baru yang berlabel Azri_HMT329.
Seterusnya, adalah seperti berikut :
1. guna document (word.doc)- pilih artikel online- pergi ke folder Azri_HMT329, klik kanan pada tetikus, klik “new” dan klik “text document.
-Fail tersebut perlulah di “rename” menjadi UMrencana1_15jan09.txt- kemudian, buka semula laman artikel yang telah dipilih.
-Tajuk artikel perlulah di “highlight”, kemudian klik kanan pada tetikus, klik edit dan pergi semula ke fail UMrencana1_15jan09. “Paste” tajuk artikel tersebut pada fail yang telah dinayatakan tadi.
-Langkah diteruskan dengan “copy” keseluruhan rencana artikel yang dipilih itu dan di “paste” pada fail yang sama tadi.
-Perlu diingatkan hanya “copy” pada teks @ rencana sahaja dan bukan pada gambar@iklan.
2. guna Microsoft Word Document (W.Doc)
-Langkah untuk ini hampir sama seperti yang dinyatakan sebelum ini.
-cuma perlu menggunakan perisian (W. Doc)kesemua gambar dan rencana artikel yang dipilih boleh terus “copy” dan “paste” pada fail baru yang dinamakan UMrencana1_15jan09_cuci.
-Setelah selesai kerja “copy” & “paste” rencana, perlu sediakan satu lagi fail W.doc. Fail tersebut mengandungi jadual yang dilengkapi dengan tajuk artikel, URL artikel tersebut serta tarikh & nama fail.
-Langkah diteruskan dengan “double click” pada Textstat.Kemudian klik pada “corpus” dan klik add local file. Pada paparan di skrin akan dapat dilihat senarai fail yang telah disiapkan tadi. Pilih fail .txt dan klik “open”.Seterusnya, klik pada “word forms”. Pada sebelah kanan paparan itu, klik pada “frequency” dan akan tersenarai kesemua leksikal yang terdapat dalam rencana itu tadi.Kemudian, klik pada “export” dan pilih “frequency list > MS Excel”. Fail tersebut dinamakan dengan UMrencana1_15jan09_freq_asal.xlsAkhir sekali, klik pada “concordance”, pada bahagian “option”, klik untuk tandakan “search whole words only” & “search case insentive”. Kemudian, kilk “export” pilih “concordance list > MS Word” dan fail tersebut dinamakan UMrencana1_15jan09_concord.docPeringatan bagi setiap langkah yang dibuat,

jangan lupa untuk “SAVE” ….

Monday, January 19, 2009

HMT329: Perbandingan Leksikal dan Hubungan Makna dari Aspek Sinonim: Satu Kajian Berdasarkan Rencana BERNAMA

Tajuk : Perbandingan Hubungan Perkataan dengan Makna Untuk Aspek Kata Hubung Pancangan Keterangan ‘Kalau/if’ dalam Berita (1)Yunus Mendobi Guna Tulang Empat Kerat/ The Life Of Yunus The Dhobi Man Oleh Shahrullizan Rusli, Berita (2) ICT Beri Peluang Pendidikan Anak Luar Bandar /Higher Education Chance For Rural Children Oleh Melati Mohd Ariff, dan Berita (3) Menjadi Sukarelawan Satu Kepuasan?/ Does Volunteer Work Provide Satisfaction? Oleh Mohd Hisham Abdul Rafar.

Ahli Kumpulan :
Mohd Khusairi Bin Khadzaai (12)
Norazri Bin Ismail (14)
Nur Liyana Bt Kamarudin (16)

1.0 Pendahuluan

Kertas ini akan membincangkan penggunaan suatu leksikal dan hubungannya dengan salah satu aspek semantik iaitu sinonim berdasarkan data daripada ketiga-tiga rencana berita di atas. Berdasarkan carian pada laman PRPM@DPB, sinonim merupakan kata yg sama atau hampir sama maknanya dgn kata lain, kata seerti; bersinonim mempunyai kata-kata yg sama atau hampir sama maknanya. Takrifan ini diperkuatkan lagi oleh S. Nathesan, dalam buku ‘Makna dalam Bahasa Melayu’ (2001:3). Menurutnya,

“sinonim pada umumnya difahami sebagai kata yang mempunyai makna yang sama atau hampir sama dengan kata lain. Contohnya, kata ayah bersinonim dengan bapa, kata ibu bersinonim dengan emak. Kata-kata ini dikatakan sebagai kata-kata yang bersinonim”.

Penggunaan sesuatu leksikal itu akan dilihat dari sudut intrabahasa dan juga interbahasa. Dalam intrabahasa, kami mengkaji aspek makna yang didukung oleh kata itu, manakala bagi interbahasa akan melehat penggunaannya dengan bahasa Inggeris. Oleh itu, leksikal yang dipilih ialah kata hubung pancangan keterangan “kalau”. Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (2004: 237), kata hubung pancangan tergolong dalam kata tugas di bawah jenis kata praklausa. Penggunaan leksikal “kalau” lebih merujuk kata hubung pancangan keterangan. Perkataan yang sinonim dengan leksikal “ kalau” merangkumi “jika”, “seandainya”, “sekiranya”, “misalnya”.

2.0 Tujuan

Tugasan ini bertujuan untuk memperlihat dan menganalisis penggunaan dan hubungan dari aspek sinonim sesuatu leksikal dalam penulisan rencana berita. Analisis lebih berfokus kepada penggunaan dari aspek kata yang bersinonim dengan perkataan yang dikaji. Selain itu, kami turut mengemukakan kekerapan dan peratusan perkataan tersebut dari segi penggunaannya dalam ketiga-tiga rencana berita. Bagi tugasan ini kami memilih leksikal ‘kalau’ kerana:
i) leksikal ini wujud dalam ketiga-tiga rencana berita yang kami pilih.
ii) memperlihatkan hubungan persamaan fungsi kata hubung bagi leksikal yang bersinonim dengannya.iii) penggunaannya sebagai kata hubung mengikut susunan kata dalam bahasa Inggeris (wujud/tidak).

3.0 Kaedah

Bagi menjalankan kajian ini, kami telah menggunakan pelbagai perisian Microsoft Office Word, dan Excel. Penggunaan Microsoft Office Word hanya bertujuan untuk menyediakan laporan kajian, manakala Microsoft Office Excel pula memudahkan analisis penggunaan kata dari segi kekerapan penggunaan dan bilangan leksikal dalam setiap berita yang dianalisis. Selain itu, kami juga menganalisis data dengan menggunakan perisian korpus konkordan TextSTAT.

4.0 Dapatan Analisis

Kehadiran kata tugas dalam ayat tidak berfungsi sebagai unsur inti dalam sebarang predikat. Kata tugas ini ialah sejenis perkataan yang hadir dalam ayat, klausa atau frasa untuk mendukung sesuatu tugas sintaksis tertentu, sama ada sebagai penghubung, penerang, penentu, penguat, pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar, pemeri atau tugas-tugas lain. Secara umumnya, kata tugas terbahagi kepada 16 jenis dan dikelompokkan kepada 4 kelompok iaitu kata penyambung ayat, kata praklausa, kata prafrasa dan kata pascafrasa (2004 : 237-238).
Leksikal “kalau” yang dipilih dalam tugasan kami ini tergolong dalam kelompok kata hubung pancangan keterangan. Di mana secara ringkasnya, berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada satu klausa utama (Nik Safiah Karim et al.; 241). Secara umumnya, kata yang bersinonim dengan leksikal “kalau” ini adalah jika, jikalau, seandainya, sekiranya dan misalnya (PRPM@DBP; 18 Jan 2009). Namun demikian, di dalam ketiga-tiga berita ini, didapati bahawa kata yang bersinonim dengan “kalau” dan turut digunakan dalam berita tersebut hanyalah “jika” dan “sekiranya" sahaja.

Hasil analisis yang telah kami lakukan untuk tugasan ini, kami mendapati bahawa penggunaan kata “kalau” serta yang bersinonim dengan leksikal tersebut adalah seperti berikut :

Di dalam berita (1), daripada sejumlah 305 leksikal yang terdapat dalam rencana tersebut, penggunaan kata “kalau” hanyalah 1 sahaja iaitu 0.33% sahaja. Begitu juga halnya di dalam berita (3). Di mana, daripada 361 patah perkataan, hanya 1 sahaja penggunaan kata “kalau” itu iaitu 0.27% sahaja. Sebaliknya, bagi berita (2), tiada penggunaan kata tugas “kalau”.

Seterusnya, penggunaan kata “jika” yang bersinonim dengan “kalau” di dalam berita (2) dan (3) masing-masing adalah 1 sahaja. Di mana bagi berita (2) peratusan penggunaan kata “jika” hanyalah 0.17%, manakala berita (3) pula adalah 0.27%. Didapati dalam berita (1), tiada penggunaan leksikal “jika” ini.

Bagi penggunaan kata bersinonim “sekiranya” pula adalah sama seperti penggunaan leksikal “jika” di mana, tidak terdapat penggunaan kata “sekiranya di dalam berita (1) dan hanya 1 sahaja digunakan di dalam berita (2) dan (3). Peratusan penggunaan leksikal tersebut dalam berita (2) adalah 0.17% dan 0.27% pula bagi penggunaannya di dalam berita (3).

Seterusnya, kami membuat perbandingan penggunaan kata “kalau” dalam Bahasa Inggeris. Di dalam Bahasa Inggeris, kata “kalau” menjadi “if” dan leksikal “if” ini turut tergolong dalam kata tugas atau disebut juga sebagai conjunction(conj.) dalam tatabahasa bahasa Inggeris. Setelah merujuk kepada Kamus Online Dewan Bahasa dan Pustaka, kami mendapati bahawa kata “if” dalam bahasa Inggeris tidak mempunyai kata lain yang bersinonim dengannya. Oleh itu, kami hanya membandingkan “if” sahaja. Oleh itu, kami melihat pula penggunaan kata “if” di dalam berita (1), (2) dan (3) yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris.

Penggunaan kata “if” dalam berita (1), dan (2) menunjukkan aturan atau susunan kata yang betul. Kata hubung ini digunakan selari dengan makna ayat dalam bahasa Melayu. Namun bagi data dalam berita (3), leksikal “kalau” tidak diterjemahkan sebagai kata ‘if’. Hal ini kerana ayat tersebut diubah dari segi strukturnya tetapi masih mendukung makna yang hampir sama dalam ayat. Sebaliknya, kata hubung pancangan keterangan “sekiranya” yang bersinonim dengan “kalau” diterjemahkan sebagai “if” dalam berita versi inggeris. Peratusan kekerapan penggunaan kata hubung “if” adalah sama dengan analisis bagi kata hubung “kalau” seperti yang dinyatakan sebelum ini.

5.0 Penutup / Kesimpulan

Secara kesimpulan, leksikal “kalau” ini terdapat persamaan dari segi konteks pengunaannya dalam ayat. Peratusan penggunaan kata hubung “kalau/if” dalam ketiga-tiga berita yang dikaji didapati bahawa peratusan pengunaannya tidaklah begitu tinggi berbanding pengunaan kata hubung yang lain seperti “dan”, “yang”, “atau” dan sebagainya.

6.0 Rujukan

Nik Safiah Karim et.al. 2004. Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

S.Nathesan, 2001. Makna Dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Laman Web :

PPRM@DBP, 18 Januari 2009. Sinonim. Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia.http://prpm.dbp.gov.my/carian.aspx?cari=sinonim&domain=PRPM

PPRM@DBP, 18 Januari 2009. Sinonim-Kalau. Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia.http://prpm.dbp.gov.my/carian.aspx?cari=kalau&domain=PRPM

Saturday, January 17, 2009

Forensic Heroes II


Forensic Heroes II

(Traditional Chinese: 法證先鋒II) is a TVB modern suspense series broadcast in May 2008.
The series is a direct sequel to 2006's Forensic Heroes (法證先鋒). The main cast features Bobby Au-Yeung, Frankie Lam, and Yoyo Mung from the original series and new cast including Kevin Cheng and Charmaine Sheh.


Synopsis


Every contact leaves a trace
Every clue serves as a silent witness against crime


Bomb disposal expert Yeung Yat-Sing, Ivan, (Kevin Cheng) returns from England to visit relatives and he comes across a grenade case by accident. Ivan's skills are highly appreciated by Senior Chemist Ko Yin-Pok (Bobby Au-Yeung) and he is invited to join the Forensic Division. Ivan soon becomes the division's rising star. Sing gets back in touch with his long-lost best friend Koo Chak-Sam (Frankie Lam). Sam serves as a forensic writer and he is going to get married soon.


During a case, Sam's fiancée Lam Ding-Ding (Linda Chung) and Pok's police girlfriend Leung Siu-Yau (Yoyo Mung) are caught in an explosion meant to kill two drug dealers. Ding-Ding dies of her injuries, while Siu-Yau loses movement in her right hand. Yau's duties are passed to Ma Kwok-Ying (Charmaine Sheh) from the Narcotics Bureau. Both Sam and Ivan find Ying extremely charming with her smart and unfathomable characteristics in case handling.
Integrating laboratory techniques, logical reasoning, and forensic knowledge, the trio strive to fight against crimes tremendously. As they get to know each other more and more, the entangled triangle of love also starts to hinder their working relationships...
At the end of the series, Ivan and Ma Kwok-Ying end up in a car crash while chasing a fugitive, but through that experience, Ivan knows that Ma Kwok-Ying is committed to him, with her efforts to pull him out of the car in which they were trapped in. In the end, Ivan suffers from an explosion by a bomb planted by a fugitive to get revenge on Bell, which leads him into a coma. Right before the explosion, Ivan planned to propose to Bell. After the last case, Tim and Siu Yau get married. During the wedding, Ivan wakes up, although the frame only shows Ma Kwok-Ying receiving a call on her mobile phone, then running ecstatically, while crying, from the wedding, ripping her dress as she did in the first episode to aid running. The remaining wedding crowd finds out, and runs after Bell to see Ivan.



Main cast

Bobby Au-Yeung
Ko Yin-Pok (Timothy)高彥博
Forensic Analyst SupervisorLeung Siu-Yau's fiance.Koo Chak-Sam and Yeung Yat-Sing's best friend.


Yoyo Mung
Leung Siu-Yau (Nicole)梁小柔
C.I.D. MadamKo Yin-Pok's fiance.


Frankie Lam
Koo Chak-Sam (Sam)古澤琛
Forensic Pathologist/Mystery WriterLam Ding-Ding's husband.Ko Yi-Pok and Yeung Yat-Sing's best friend.


Charmaine Sheh
Ma Kwok-Ying (Bell)馬幗英
C.I.D. MadamYeung Yat-Sing's fiance.


Kevin Cheng
Yeung Yat-Sing (Ivan)楊逸升
Forensic AnalystMa Kwok-Ying's fiance.


Stephen Huynh
Ma Kwok-Hung (Ben)馬國宏
Restaurant OwnerMa Kwok-Ying's half brother.


Vivien Yeo
Ling Sum-Yee (Josie)凌心怡
C.I.D.


Florence Kwok
Mok Suk-Nuen (Yvonne)莫淑媛
Forensic AnalystShum Hung's lover.


Raymond Cho
Shum Hung沈雄
C.I.D. SergeantMok Suk-Nuen's lover.


Astrid Chan (陳芷菁)
Lam Pui-Pui林沛沛
Lam Ding-Ding's older sister.Ko Yin-Bok's ex-girlfriend.Hui Lap-Man's wife.


Macy Chan (陳美詩)
Fong Miu-Na (Formula)方妙娜
Police OfficerYeung Yat Sing's cousin.Mok Ching-Hong's lover.


Matthew Ko
Mok Ching-Hong (Wilson)莫正康
C.I.D.Fong Miu-Na's lover.

Guest starring

Linda Chung
Lam Ding-Ding林汀汀
Forensic AnalystKoo Chak-Sam's wife.


Shirley Yeung
Kwok Hiu-Lam (Sharon)郭曉琳
Singer


Selena Li
Li Kiu (Cat)李蕎
Artist ManagerKoo Chak-Sam's old classmate.


Sharon Chan
Wedding GuestGirl resembling Lam Ding-Ding.


Jack Wu
Yip Chi-Man葉志文
Professional Clown


Charles Szeto (司徒瑞祈)
Li Chung-Sun (Paul)李忠信
Paint Ball Clerk


Chris Lai
Li Chi-Wai李志偉
Ma Kwok-Hung's restaurant partner.


Sam Chan
Tam Ka-Lok譚家樂
Song Writer


Shermon Tang
Mui Chin (Mabel)梅芊
Actress


Sharon Luk
Ng Sze-Ying (Cherry)吳詩瑩
Actress


Leanne Li
Ngai Hoi-Nga (Annie)魏凱雅
Actress


Benjamin Yuen
Cheuk Kwan-Wing (Anson)卓鈞榮
Actor


Stephen Wong
Fu Ching-Kei博正基

Other cast

Savio Tsang (曾偉權)
Hui Lap-Man (Matt)許立仁
Lam Pui-Pui's husband.


Oscar Leung (梁烈唯)
Ching Wai-Shing (Edwin)程偉勝
C.I.D.


Eddie Li
Lau Tsun-Sek (Terence)劉俊碩
C.I.D.


Yu Yang
Leung Hing-Lung梁興隆
Leung Siu-Yau and Leung Siu-Kong's father.


Fred Cheng
Leung Siu-Kong梁小剛
Forensic AnalystLeung Siu-Yau's younger brother.


Kara Hui
Cheung Lai-Ling鄭麗玲
Ma Kwok-Ying's mother.


Law Lok Lam (羅樂林)
Ma Kam-To馬錦濤
Senior OfficerMa Kwok-Ying and Ma Kwok-Hung's father.


Angelina Lo (盧宛茵)
Kwok Yee-Fan郭綺芬
Ma Kwok-Hung's mother.


Queena Chan (陳丹丹)
Cheuk Lam卓嵐
Stunts Person
Sumber:

BIODATA NOORKHIRIAH


NAMA: Noorkhiriah Ahmad Shapie
TARIKH Lahir: 11 April 1977
TEMPAT Lahir: Raub, Pahang
ZODIAK: Aries
TINGGI: 154 sm
BERAT: 43 kilogram
STATUS: Berkahwin
SUAMI: Azfaizul Ahtan
HOBI: Memasak dan membaca
DRAMA: Lebih 100 drama seperti Emil Emilda, Datin Diaries, Nek Kiah, Selagi Langit Masih Membiru dan Selaut Kasih


FILEM DAN PENCAPAIANNYA:

2009 : Papadom - (Main Actor)
2008 : Los dan Faun - (Supporting Actor)
2008 : Susuk - (Main Actor)
2007 : Syaitan - (Supporting Actor)
2006 : Raindogs - (Supporting Actor)
2006 : Gubra - (Supporting Actor)Award (Nominated)

2006 : 19th Malaysian Film Festival - Best Supporting Actress

Thursday, January 15, 2009

FAIZAL TAHIR



Nama lahir
Ahmad Faizal bin Mohammad Tahir
Lahir
26 Oktober 1978 (umur 30)
Asal
Malaysia
Genre
Rock, Balada (dulu nasyid)
Pekerjaan
Penyanyi, penulis lagu
Tahun aktif
2004-kini
Label
Monkey Bone Records (2006-kini)


Faizal Tahir ialah seorang penyanyi Malaysia yang mula dikenali setelah menjadi naib juara musim pertama rancangan realiti One in a Million. Beliau merupakan bekas ahli kumpulan nasyid, Mirwana, tetapi meninggalkan kumpulan tersebut pada tahun 2005 kerana sakit. Namun begitu, beliau telah kembali ke persada seni tanah air dengan memilih genre pop-rock sebagai genre lagu nyanyiannya. Selain itu, beliau juga seorang pengacara televisyen. Faizal bernaung di bawah pengurusan The 8 Unit.


Selepas One in a Million


Faizal mengeluarkan single kedua beliau, Kasih Tercipta, sebagai sebahagian runut bunyi filem Waris Jari Hantu. Beliau juga dinamakan jurucakap Malaysia tunggal untuk jenama pakaian DC Superheroes, kerana beliau dikenali kerana memakai kemeja T yang berlogo Superman sepanjang One in a Million. Beliau turut terlibat dalam rancangan realiti lain dengan mengacara Gangstarz dan merakam lagu Gemuruh sebagai lagu tema My Starz LG.


Rencana utama: Aku.Muzik.Kamu


Album sulung Faizal, Aku.Muzik.Kamu, keluar di pasaran sejak 22 November 2007, dengan menampilkan 13 runut lagu gubahan sendiri beliau bersama-sama Audi Mok, Kuncidemak, Omar K, Aubrey Suwito, Tessh RS, dan Ahmad Izham Omar, termasuk versi orkestra Mahakarya Cinta, dan single asli pertama dari album ini, Batu & Golek (iaitu terjemahan harfiah sepenuhnya bagi ungkapan "Rock n' Roll").
Selepas empat bulan di pasaran, Aku.Muzik.Kamu dilaporkan mencecah jualan 10,000 ribu unit.

Kehidupan peribadi


Faizal kini sudah beristerikan Raihanim Noran yang dikenali beliau di UiTM, dan rumahtangga mereka di Selangor diisi anak lelaki Mikaeel Zidane dan anak perempuan Siti Nur Raudhah.
Faizal mendirikan sebuah studio bernama Home Suite Studio di Ukay Perdana, Ampang, di mana beliau menyumbang karya kepada artis-artis lain seperti Firdaus, Dayang Nurfaizah, Mirwana dan Rast.
Pada awal pagi 14 Mei 2008, Faizal hampir lemas ketika menjalani penggambaran video muzik Sampai Syurga di sebuah pusat akuatik Shah Alam. Namun begitu, penggambaran dalam air itu berjaya disiapkan dengan selamat.[2][3]

Anugerah dan pencapaian


Anugerah Planet Muzik 2008
Artis Lelaki Baru Terbaik
Artis Lelaki Paling Popular
Anugerah Industri Muzik 15
Persembahan Vokal Terbaik dalam Album (Lelaki)
Artis Baru Terbaik
Album Rock Terbaik
Album Terbaik



Lagu Gemuruh

Bila bertalu rentak di kalbu

Hasrat yang tersirat semakin ku buru

Bila bergema laungan gempita

Harapan bernyala nadiku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara

Dari puncak ingin ke angkasa

Berkalungkan bintang berkelipan

Menyerlah jauh dari yang biasa

Bila bertalu rentak di kalbu

Hasrat yang tersirat semakin ku buru

Bila bergema laungan gempita

Harapan bernyala nadiku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara

Dari puncak ingin ke angkasa

Berkalungkan bintang berkelipan

Menyerlah jauh dari yang biasa

Ungkapan ini bukan sekadar bermimpi

Segalanya pastikan terbukti nanti

Gemuruh jiwa semangat membara

Dari puncak ingin ke angkasa

Berkalungkan bintang berkelipan

Menyerlah jauh dari yang biasa


Sumber:

http://ms.wikipedia.org/wiki/Faizal_Tahir

Analisis Konstratif Yasser Arafat

Analisis konstrastif Yassier Arafat


1) Informan yang mengenali muka, tetapi tidak mengetahui namanya (2/9)
2) Informan yang hanya membaca surat khabar berbahasa Cina (7/9)
3) Informan yang membaca surat khabar pada bahagian hiburan sahaja (5/9)
4) Informan yang tidak meminati berita luar negara. (5/9)
5) Informan yang tidak mengenali Yassier Arafat kerana nama beliau ditukar ke dalam bahasa Cina, iaitu “Alafa Ke” (4/9)
6) Informan yang kurang membaca surat khabar berbahasa Melayu. (5/9)
7) Informan yang tidak membaca surat khabar berbahasa Melayu. (1/9)
8) Informan yang tidak suka membaca isu politik. (6/9)
9) Informan yang tidak berminat dengan pemimpin luar Negara. (6/9)
10) Informan yang tidak menyukai berita luar Negara. (1/9)
11) Informan yang kurang meminati berita luar Negara. (3/9)
12) Informan yang tidak mengenali beliau kerana beliau tidak kacak. (1/9)
13) Informan yang tidak mengenali beliau kerana beliau kurang terkenal. (4/9)
14) Informan yang tidak mengenali beliau kerana beliau tiada kaitan dengan Negara kita. (1/9)
15) Informan yang tidak mengenali beliau kerana beliau tiada kaitan dengan diri informan. (1/9)
16) Informan yang tidak mengenali beliau kerana beliau tiada kaitan dengan pelajarannya. (1/9)
17) Informan tidak suka menonton televisyen. (1/9)
18) Informan yang tidak suka menonton televisyen, tetapi suka menonton dvd sahaja. (4/9)
19) Tiada orang yang pernah memberitahu informan tentang Yassier Arafat. (2/9)
20) Informan tidak membaca tentang isu semasa. (1/9)
21) Informan yang tidak membaca tentang Yassier Arafat kerana beliau beragama Islam (1/9).
22) Informan tidak pernah mencari maklumat tentang Palestin. (1/9)

Bagaimana cara untuk membantu informan mengenali Yassier Arafat?
1) Carian di internet
2) Mengarang esei
3) Menjalankan soal selidik


5. Husna binti Hasan1
7. Nur Najwa Hanim binti A.Rani
22. Sharifah Shadratul Nadrah dan hasil bersama semua pelajar HMT329

Tugasan Yasser Arafat

Pada hari Isnin 12/1/2009, Dr.Radiah telah mengarahkan kami melakukan satu aktiviti di dalam kelas. Aktiviti ini berkisar tentang Yaser Arafat. Dr.telah mengarahkan dua orang pelajar yang mengetahui hal Yaser Arafat menemuduga seorang pelajar yang tidak mengetahui hal Yaser Arafat. Maklumat yang didapati adalah seperti di bawah :

Sebab-sebab tidak mengetahui hal Yaser Arafat:

Kumpulan 1
Toh Wni Haur, (27 )
Sharifah Shadhatul Nadrah, 22
Mohd Saiful Bahri, 13

Menurut informan 27, beliau pernah melihat gambar Yaser Arafat tetapi tidak mengetahui nama pemimpin tersebut. Selain itu, beliau juga tidak mengetahui nama pemimpin ini kerana di rumahnya ahli keluarga beliau hanya membaca surat khabar berbahasa Mandarin. Tambahan pula, beliau tidak mahir berbahasa Mandarin. Beliau juga malas membaca ahkbar berbahasa lain.

Kumpulan 2
Chan Yan Yi,( 2 )
Nurul Hana, 19
Nor Fadilah, 15

Menurut informan kumpulan 2 ini iaitu Chan Yan Yi, beliau menyatakan pernah mengetahui tentang Palestin tetapi tidak mengetahui nama pemimpinnya. Beliau juga mengatakan di rumahnya ahli keluarganya hanya membaca akhbar berbahasa Mandarin. Dalam akhbar berbahasa Mandarin, nama orang akan ditukarkan tetapi bunyi masih sama. Nama Yaser Arafat dalam bahasa Mandarin ditukar menjadi alafa ke. Selain itu juga, beliau kurang membaca akhbar berbahasa Melayu dan bahagian politik. Di dalam berita juga, beliau mengatakan tidak pernah mengetahui tentang Yaser Arafat.

Kumpulan 3
Siti Fatimah. 23
Nur Liyana, 16
Ooi Yun Kean, ( 20 )

Menurut informan 20, beliau kurang membaca akhbar bahasa lain selain akhbar berbahasa Mandarin. Beliau juga mengatakan beliau tidak berminat untuk mengetahui tentang pemimpin dari luar negara. Beliau juga tidak berminat dalam hal politik. Yun Kean juga berpendapat bahawa Yaser Arafat kurang terkenal dan tidak begitu kacak. Beliau hanya mengetahui artis dari Hong Kong sahaja. Tambahan pula, Yaser Arafat tidak mempunyai kaitan dengan Malaysia.

Kumpulan 4
Norazri, 14
Hui Ying,( 6 )
Mohd Hazrul, 11

Informan dalam kumpulan ini iaitu Hui Ying mengatakan bahawa beliau tidak mengetahui tentang Yaser Arafat kerana hanya membaca akhbar berbahasa Mandarin dan nama Yaser Arafat akan bertukar menjadi alafa ke. Beliau juga tidak menonton televisyen dan tidak menyukai hal politik.

Kumpulan 5
Husna Hasan, 5
Nur Najwa Hanim, (17 )
Siti Nurhuda,24

Menurut informan di dalam kumpulan ini iaitu 17, beliau tidak mengetahui kerana malas membaca surat khabar tetapi selepas memasuki universiti beliau membaca surat khabar setiap hari. Beliau juga tidak menonton berita luar negara keran beranggapan berita tersebut tidak mempunyai kaitan dengannya. Tetapi beliau mengatakan bahawa mengenali Obama.

Kumpulan 6
Siew Fong (8)
Mohd Khusairi, 12
Wong Siet Li, 29

Informan dalam kumpulan ini ialah Siew Fong. Beliau menyatakan tidak pernah mendengar nama Yaser Arafat dan tiada orang pernah memberitahu kepadanya. Selain itu, beliau juga tidak suka mendengar berita di televisyen tetapi beliau hanya menyukai menonton filem Hong Kong. Beliau juga tidak membaca tentang isu semasa. Beliau juga tidak berminat membaca surat khabar di bahagian luar negara tetapi hanya membaca bahagian hiburan sahaja.

Kumpulan 7
Maisarah, 27
Siti Zaleha, 26
Hui Lean, ( 3 )

Informan 3 mengatakan beliau tidak pernah mendengar nama pemimpin tersebut. Beliau juga tidak pernah membaca akhbar berbahasa Melayu dan tidak pernah mendengar daripada rakan-rakan. Beliau juga tidak pernah menonton berita. selain itu, beliau lebih mengenali Bush berbanding dengan Yasser Arafat.

Kumpulan 8
Nur Hanizah, 18
Siti Nursuhana, 25
Siew Kin, ( 7 )

Informan dalam kumpulan ini ialah bernombor 7. Beliau tidak pernah mendengar nama pemimpin tersebut. Beliau juga tidak pernah membaca akhbar berbahasa Melayu dan Mandarin tetapi hanya menonton dvd dari Korea sahaja. Beliau hanya membaca bahagian hiburan sahaja jika membaca surat khabar. Beliau juga tidak berminat untuk mengetahui tentang Yaser Arafat kerana tidak mempunyai kaitan dengan pelajarannya.

Kumpulan 9
Wan Norhana, 28
Siew Suan,( 9 )
Nashibah, 4

Informan dalam kumpulan ini mengatakan beliau tidak mengenali Yaser Arafat kerana tidak pernah membaca surat khabar berbahasa Melayu tetapi hanya membaca surat khabar berbahasa Mandarin sahaja. Dalam surat khabar ini, nama pemimpin ini telah bertukar. Beliau juga tidak pernah mencari maklumat tentang Palestin. Beliau juga jarang mendengar berita kecuali sesetengah topik sahaja.

Selepas mengumpulkan semua maklumat seperti di atas, kami perlu mengelaskan mengikut maklumat. Di dalam kelas HMT 329, terdapat sembilan orang yang tidak mengenali Yaser Arafat. Berdasarkan maklumat tersebut, maklumat tersebut akan dikelaskan dan diperatuskan.

Monday, January 12, 2009

HMT 329: Penentuan Aturan Kata mengikut Pola Ayat (peratusan)Artikel Israel Gempur Gaza

Peratusan Keseringan dalam Aturan Kata :

Pola SKO
20÷25 x 100% = 80%

Pola OKS
2÷25 x 100% = 8%

Pola SKK
3÷25 x 100% = 12%

Jadi, berdasarkan faktor keseringan untuk Aturan kata, pola ayat berbentuk SKO merupakan pola ayat yang paling tinggi digunakan dalam Artikel 'Israel gempur Gaza' iaitu sebanyak 80 peratus, diikuti pola ayat jenis SKK sebanyak 12 peratus dan pola ayat pasif OKS sebanyak 8 peratus.
Faktor ketertandaan merupakan bentuk yang jarang digunakan dalam penggunaan bahasa. contoh bentuk bertanda ialah :

  • kereta kebal
  • bedil
  • kubur
  • jet
  • roket
  • regim
  • bedilan
  • perisikan
  • anggota marin
  • berkubu
  • militan
  • mortar

Keneutralan konteks akan disambung kemudian...

Sunday, January 11, 2009

HMT 329: Artikel Israel Gempur Gaza- Pola Ayat

Pola ayat yang menggunakan aturan kata `SKO`

[frasa nama] + [kata kerja] + [frasa nama] = SKO

Ayat 1
Pesawat Pejuang, Kereta Kebal Bedil Hamas
Ujian untuk subjek : Apakah yang membedil Hamas?
Jawapan : Pesawat pejuang, kereta kebal
Maka: Pesawat pejuang kereta kebal merupakan subjek bagi ayat ini kerana dapat menggantikan kata tanya ‘apakah’.

Ujian kata kerja : menggunakan kata bantu aspek. kata kerja ayat tersebut iaitu bedil.
Contoh:
telah bedil
akan bedil
sedang bedil
Maka: kata bedil merupakan kata kerja.

Ujian objek : Menjadi subjek bagi ayat pasif
Ujian : Hamas dibedil oleh pesawat pejuang, kereta kebal.
Subjek ayat pasif = Hamas
Maka, objek = Hamas

Ayat 2
Selepas( tentera Yahudi ) melancarkan serangan udara selama lapan hari,
Ujian subjek : Siapakah yang melancarkan serangan udara selama lapan hari?
Jawapan : Tentera Yahudi
Maka: Tentera Yahudi merupakan subjek bagi ayat ini.

Ujian kata kerja : menggunakan kata bantu aspek seperti akan,sedang dan telah dengan kata kerja tersebut iaitu melancarkan.
telah melancarkan
akan melancarkan
sedang melancarkan
Maka kata melancarkan merupakan kata kerja.

Ujian objek : Menjadi subjek ayat pasif
Ujian :Serangan udara dilancarkan oleh tentera Yahudi.
Subjek ayat pasif =serangan udara
Maka, objek = serangan udara

Ayat 3
tentera Yahudi awal pagi semalam mara memasuki Gaza
Ujian untuk subjek : awal pagi semalam, siapakah yang mara memasuki gaza?
Jawapan : tentera Yahudi
Maka: tentera Yahudi merupakan subjek bagi ayat ini kerana dapat menggantikan kata tanya ‘siapakah’.

Ujian kata kerja : menggunakan kata bantu aspek. kata kerja ayat tersebut iaitu memasuki.
contoh:
telah mara memasuki
akan mara memasuki
sedang mara memasuki
Maka: frasa mara memasuki merupakan frasa kerja.

Ujian objek : Menjadi subjek bagi ayat pasif
Ujian : Gaza dimasuki oleh tentera yahudi
Subjek ayat pasif = Hamas
Maka, objek = Hamas

Ayat 4
dalam fasa kedua pencerobohannya tanpa menghiraukan bantahan antarabangsa
Ujian untuk subjek : Dalam fasa kedua, Apakah yang tidak menghiraukan bantahan antarabangsa?
Jawapan : pencerobohannya. –nya merujuk tentera yahudi.
Maka: pencerobohannya merupakan subjek bagi ayat ini kerana dapat menggantikan kata tanya ‘apakah’.

Ujian kata kerja : menggunakan kata bantu aspek. kata kerja ayat tersebut iaitu menghiraukan.
contoh:
telah menghiraukan
akan menghiraukan
sedang menghiraukan
Maka: kata menghiraukan merupakan kata kerja.

Ujian objek : Menjadi subjek bagi ayat
Ujian: bantahan antarabangsa tidak dihiraukan oleh pencerobohannya.
Subjek ayat pasif = bantahan antarabangsa
Maka, objek = bantahan antarabangsa

Ayat 5
angka kematian warga Palestin kini mencecah 485 orang.
Ujian untuk subjek : Apakah yang mencecah 485 orang?
Jawapan : angka kematian warga Palestin.
Maka: angka kematian warga Palestin merupakan subjek bagi ayat ini kerana dapat menggantikan kata tanya ‘apakah’.

Ujian kata kerja : menggunakan kata bantu aspek. kata kerja ayat tersebut iaitu mencecah.
contoh:
telah mencecah
akan mencecah
sedang mencecah
Maka: kata mencecah merupakan kata kerja.

Ujian objek : Menjadi subjek bagi ayat pasif
Ujian : 485 orang telah dicecah oleh angka kematian warga Palestin.
subjek ayat pasif = angka kematian warga Palestin
Maka, objek = angka kematian warga Palestin

Ayat 6
Pejuang Hamas dengan bertekad menjadikan Gaza kubur askar Israel.
Ujian subjek : Siapakah yang bertekad menjadikan Gaza kubur askar Israel
Jawapan : Pejuang Hamas
Maka: pejuang Hamas merupakan subjek bagi ayat ini kerana dapat menggantikan kata tanya ‘siapakah’.

Ujian kata kerja : menggunakan kata bantu aspek dengan kata kerja tersebut iaitu menjadikan
Contoh:
telah menjadikan
akan menjadikan
sedang menjadikan
Maka kata menjadikan merupakan kata kerja.

Ujian objek : Subjek predikator apa / siapa? Maka apa / siapa = objek
Ujian : Pejuang Hamas dengan bertekad menjadikan apa?
Apa = Gaza kubur askar Israel.
Maka, objek = Gaza kubur askar Israel.

Ayat 7
Hamas mendakwa berjaya menawan dua askar Israel.
Ujian untuk subjek : siapakah yang mendakwa berjaya menawan dua askar Israel?
Jawapan : Hamas
Maka: Hamas merupakan subjek bagi ayat ini kerana dapat menggantikan kata tanya ‘siapakah’.

Ujian kata kerja : menggunakan kata bantu aspek. kata kerja ayat tersebut iaitu mendakwa berjaya menawan.
contoh:
telah mendakwa berjaya menawan
akan mendakwa berjaya menawan
sedang mendakwa berjaya menawan
Maka: frasa mendakwa berjaya menawan merupakan frasa kerja.

Ujian objek : Menjadi subjek bagi ayat pasif
Ujian : dua askar Israel didakwa berjaya ditawan oleh Hamas.
subjek ayat pasif = dua askar Israel
Maka, objek = dua askar Israel

ayat 8
Kamu memasuki Gaza seperti tikus.
Ujian subjek : Siapakah yang memasuki Gaza seperti tikus?
Jawapan : kamu
Maka: kamu merupakan subjek bagi ayat ini kerana dapat menggantikan kata tanya ‘siapakah’.

Ujian kata kerja : menggunakan kata bantu aspek. dengan kata kerja tersebut iaitu memasuki
Contoh:
telah memasuki
akan memasuki
sedang memasuki
Maka kata memasuki merupakan kata kerja.
Ujian objek : Menjadi subjek bagi ayat pasif
Ujian : gaza dimasuki oleh kamu seperti tikus
Apa = Gaza.
Maka, objek = Gaza

Ayat 9
Gaza akan menjadi kubur anda, Insya Allah,
Ujian subjek : apakah yang akan menjadi kubur anda?
Jawapan :Gaza
Maka: Gaza merupakan subjek bagi ayat ini kerana dapat menggantikan kata tanya ‘apakah’.
Ujian kata kerja : menggunakan kata bantu aspek. dengan kata kerja tersebut iaitu menjadi
contoh:
telah menjadi
akan menjadi
sedang menjadi
Maka kata menjadi merupakan kata kerja.

Ujian objek : Subjek predikator apa / siapa? Maka apa / siapa = objek
Ujian : gaza akan menjadi apa?
Apa = kubur anda.
Maka, objek = kubur anda.

Ayat 10
(hamas) turut melancarkan 25 lagi roket ke wilayah Israel.
Ujian subjek : siapakah yang melancarkan lagi 25 roket ke wilayah israel?
Jawapan : hamas
Maka: Hamas merupakan subjek bagi ayat ini kerana dapat menggantikan kata tanya ‘siapakah’.

Ujian kata kerja : menggunakan kata bantu aspek. dengan kata kerja tersebut iaitu melancarkan
Contoh:
telah melancarkan
akan melancarkan
sedang melancarkan
Maka kata melancarkan merupakan kata kerja.

Ujian objek : Subjek predikator apa / siapa? Maka apa / siapa = objek
Ujian : hamas turut melancarkan lagi apa ke wilayah israel?
Apa = 25 roket
Maka, objek = 25 roket

Ayat 11
Ambulans tentera dilihat membawa askar Yahudi.
Ujian subjek: Apakah yang dilihat membawa askar Yahudi.
Jawapan: Ambulan tentera
Maka: Ambulans merupakan subjek bagi ayat ini kerana dapat menggantikan kata tanya ‘apakah’.
Ujian Kata Kerja: menggunakan kata bantu aspek. dengan kata kerja tersebut iaitu membawa.
Contoh:
telah membawa
akan membawa
sedang membawa
Maka kata membawa merupakan kata kerja.

Ujian objek: Subjek predikator apa / siapa? Maka apa / siapa = objek
Ujian : Ambulans tentera dilihat membawa siapa?
Maka, apa = askar Yahudi
Oleh itu, objek = askar yahudi

Ayat 12
Tentera Israel melaporkan setakat ini 30 askarnya cedera, dua parah, manakala 23 warga Gaza maut.
Ujian subjek: siapakah yang melaporkan setakat ini 30 askarnya cedera, dua parah, manakala 23 warga Gaza maut.
Jawapan: Tentera Israel
Maka: Tentera Israel merupakan subjek bagi ayat ini kerana dapat menggantikan kata tanya ‘siapakah’.

Ujian Kata Kerja menggunakan kata bantu aspek. dengan kata kerja tersebut iaitu melaporkan.
akan melaporkan
sedang melaporkan
hendak melaporkan
Maka kata melaporkan merupakan kata kerja.

Ujian objek: Subjek predikator apa / siapa? Maka apa / siapa = objek
Ujian : Tentera Israel melaporkan setakat ini apa?
Maka, apa = 30 askarnya cedera, dua parah, 23 warga Gaza maut.
Oleh itu, objek = 30 askarnya cedera, dua parah, 23 warga Gaza maut.

Ayat 13.
Pegawai tentera dan saksi Palestin pula dilaporkan berkata,satu unit kereta kebal menyerang selatan Gaza hingga ke kawasan penempatan Netzarim, yang ditinggalkan Israel ketika regim Yahudi itu keluar dari Gaza pada 2005.
Subjek : Satu unit kereta kebal
Ujian subjek: Siapakah yang menyerang selatan Gaza hingga ke kawasan penempatan Netzarim? Jawapan : Satu unit kereta kebal menyerang selatan Gaza hingga ke kawasan penempatan Netzarim

K.Kerja : menyerang
Ujian: Satu unit kereta kebal telah menyerang selatan Gaza hingga ke kawasan penempatan Netzarim.

Objek : Selatan Gaza hingga ke kawasan penempatan Netzarim
Ujian: Selatan Gaza hingga ke kawasan penempatan Netzarim diserang oleh satu unit kereta kebal.

Ayat 14.
Serangan itu menyebabkan laluan ke bandar raya Gaza, kawasan paling ramai penduduk, terputus daripada semua kawasan lain di Gaza hingga ke selatannya. Serangan tertumpu di tempat kebanyakan bedilan roket dilancarkan ke arah Israel.
Subjek : Serangan itu
Ujian : Apakah yang menyebabkan laluan ke bandar raya Gaza, kawasan paling ramai penduduk, terputus daripada semua kawasan lain di Gaza hingga ke selatannya?
Jawapan : Serangan itu menyebabkan laluan ke bandar raya Gaza, kawasan paling ramai penduduk, terputus daripada semua kawasan lain di Gaza hingga ke selatannya.

K.Kerja : terputus
Ujian : Serangan itu menyebabkan laluan ke bandar raya Gaza, kawasan paling ramai penduduk, telah terputus daripada semua kawasan lain di Gaza hingga ke selatannya.

Objek : Laluan ke bandar raya Gaza
Ujian : Laluan ke bandar raya Gaza diputuskan oleh serangan itu.

Ayat 15.
Pada masa sama, pesawat Israel terus membedil sekurang-kurangnya empat sasaran, termasuk terowong, kemudahan simpanan senjata, kawasan yang digunakan untuk melancarkan bedilan meriam dan kawasan pendudukan pejuang Hamas.
Subjek : Pesawat Israel
Ujian : Siapakah yang membedil sekurang-kurangnya empat sasaran, termasuk terowong, kemudahan simpanan senjata, kawasan yang digunakan untuk melancarkan bedilan meriam dan kawasan pendudukan pejuang Hamas?
Jawapan: Pesawat Israel terus membedil sekurang-kurangnya empat sasaran, termasuk terowong, kemudahan simpanan senjata, kawasan yang digunakan untuk melancarkan bedilan meriam dan kawasan pendudukan pejuang Hamas.

K.Kerja : membedil
Ujian : Pesawat Israel telah membedil sekurang-kurangnya empat sasaran.
Objek : Empat sasaran
Ujian: Empat sasaran dibedil oleh pesawat Israel.


Ayat 16
Bot tentera laut Israel turut memberi sokongan dengan membedil ibu pejabat perisikan Hamas di bandar raya Gaza, kawasan pelancaran roket dan tempat anggota marin Hamas berkubu.
Ujian subjek: Apakah yang turut memberi sokongan?
Jawapan: Bot tentera laut Israel
Maka subjek bagi ayat ini adalah bot tentera laut Israel.

Ujian kata kerja: menggunakan kata bantu aspek seperti akan,sedang dan telah dengan kata kerja tersebut iaitu memberi
akan memberi
sedang memberi
telah memberi
Maka kata memberi tergolong dalam golongan kata kerja.

Ujian objek : Menjadi subjek dalam ayat pasif
Sokongan telah diberikan oleh bot tentera laut Israel dengan membedil ibu pejabat perisikan Hamas di bandar raya Gaza, kawasan pelancaran roket dan tempat anggota marin Hamas berkubu.
Subjek ayat pasif: sokongan
Maka, objek dalam ayat yang dikaji adalah: sokongan

Ayat 16
Askar Israel bagaimanapun tidak memasuki kawasan bandar utama di Gaza, tetapi bertempur di kawasan luar bandar dan kawasan terbuka yang menjadi tempat militan melancarkan roket dan bedilan meriam.

Ayat16 (i)
Askar Israel bagaimanapun tidak memasuki kawasan bandar utama di Gaza
Ujian subjek: Siapakah yang bagaimanapun tidak memasuki kawasan bandar utama di Gaza?
Jawapan: askar Israel
Maka subjek bagi ayat ini adalah askar Israel.

Ujian kata kerja: menggunakan kata bantu aspek seperti akan,sedang dan telah dengan kata kerja tersebut iaitu memasuki
akan memasuki
sedang memasuki
telah memasuki
Maka kata memasuki tergolong dalam golongan kata kerja.

Ujian objek : Menjadi subjek dalam ayat pasif
Contoh: Kawasan bandar utama di Gaza bagaimanapun tidak dimasuki oleh askar Israel.
Subjek ayat pasif: Kawasan bandar utama di Gaza
Maka, objek dalam ayat yang dikaji adalah: Kawasan bandar utama di Gaza


Ayat 16 (ii)
militan melancarkan roket dan bedilan meriam.
Ujian subjek: siapakah yang melancarkan roket dan bedilan meriam?
Jawapan: militan
Maka subjek bagi ayat ini adalah: militan

Ujian kata kerja: menggunakan kata bantu aspek seperti akan,sedang dan telah dengan kata kerja tersebut iaitu melancarkan
akan melancarkan
sedang melancarkan
telah melancarkan
Maka kata melancarkan tergolong dalam golongan kata kerja.


Ujian objek : Menjadi subjek dalam ayat pasif
Contoh: roket dan bedilan meriam telah dilancarkan oleh militan.
Subjek ayat pasif: roket dan bedilan meriam
Maka, objek dalam ayat yang dikaji adalah: roket dan bedilan meriam


Ayat 17
Penduduk daerah utara Gaza, al-Attatra, berkata askar Israel memeriksa setiap rumah dengan memecahkan dinding, tetapi kebanyakan rumah tidak lagi berpenghuni kerana penduduknya sudah melarikan diri.
Ujian subjek: Siapakah yang memeriksa setiap rumah dengan memecahkan dinding?
Jawapan: askar Israel
Maka, subjek bagi ayat ini adalah askar Israel.

Ujian kata kerja: menggunakan kata bantu aspek seperti akan,sedang dan telah dengan kata kerja tersebut iaitu memeriksa
akan memeriksa
sedang memeriksa
telah memeriksa
Maka kata memeriksa tergolong dalam golongan kata kerja.

Ujian objek : Menjadi subjek dalam ayat pasif
Contoh: setiap rumah telah diperiksa oleh askar Israel dengan memecahkan dinding.
Subjek ayat pasif: setiap rumah
Maka, objek dalam ayat yang dikaji adalah: setiap rumah

Ayat 18
Israel mula menyerang Gaza pada 27 Disember lalu menyebabkan 2,500 rakyat Palestin cedera dengan sekurang-kurangnya 80 kanak-kanak dan orang awam terkorban. Hamas pula bertindak balas dengan melancarkan lebih 500 roket dan mortar ke Israel menyebabkan empat rakyat negara Yahudi itu maut.

Ayat 18 (i)
Israel mula menyerang Gaza pada 27 Disember lalu menyebabkan 2,500 rakyat Palestin cedera
Ujian subjek: siapakah yang mula menyerang Gaza pada 27 Disember lalu menyebabkab 2,500 rakyat Palestin cedera?
Jawapan: Isreal.
Maka, subjek bagi ayat ini ialah Israel.

Ujian kata kerja: menggunakan kata bantu aspek seperti akan,sedang dan telah dengan kata kerja tersebut iaitu menyerang
akan menyerang
sedang menyerang
telah menyerang
Maka kata menyerang tergolong dalam golongan kata kerja.

Ujian objek : Menjadi subjek dalam ayat pasif
Contoh: Gaza telah diserang oleh Israel pada 27 Disember lalu menyebabkan 2,500 rakyat Palestin cedera.
Subjek ayat pasif: Gaza
Maka, objek dalam ayat yang dikaji adalah: Gaza

Ayat 18 (ii)
Hamas pula bertindak balas dengan melancarkan lebih 500 roket dan mortar ke Israel menyebabkan empat rakyat negara Yahudi itu maut
Ujian subjek: Siapakah pula yang bertindak balas dengan melancarkan lebih 500 roket dan mortar ke Israel menyebabkan empat rakyat negara Yahudi itu maut?
Jawapan: Hamas
Maka, subjek bagi ayat ini ialah Hamas.

Ujian kata kerja: menggunakan kata bantu aspek seperti akan,sedang dan telah dengan kata kerja tersebut iaitu melancarkan
akan melancarkan
sedang melancarkan
telah melancarkan
Maka kata melancarkan tergolong dalam golongan kata kerja

Ujian objek : Menjadi subjek dalam ayat pasif
Contoh: lebih 500 roket dan mortar telah dilancarkan oleh Hamas ke Israel menyebabkan empat rakyat negara Yahudi itu maut.
Subjek ayat pasif: lebih 500 roket dan mortar
Maka, objek dalam ayat yang dikaji adalah: lebih 500 roket dan mortar



POLA OKS ( Ayat Pasif )

[Objek] + [kata kerja] + [Subjek]

Ayat 1
Serangan darat tentera Yahudi itu bagaimanapun dibalas pejuang Hamas.
Ujian subjek : Siapakah yang membalas serangan darat tentera Yahudi itu?
Jawapan : Pejuang Hamas
Maka: Subjek bagi ayat ini ialah pejuang Hamas.

Ujian kata kerja : menggunakan kata bantu aspek.dengan kata kerja tersebut iaitu dibalas
telah dibalas
akan dibalas
sedang dibalas
Maka kata dibalas merupakan kata kerja.

Ujian objek : Menjadi subjek ayat pasif
Ujian 1 : Serangan darat tentera Yahudi itu bagaimanapun dibalas pejuang Hamas
subjek ayat pasif = serangan darat tentera Yahudi
Maka, objek = serangan darat tentera Yahudi.

Ayat 2
Kemaraan tentera Yahudi yang disiarkan oleh stesen televisyen Hamas, Al Aqsa
Ujian subjek : Siapakah yang menyiarkan kemaraan tentera Yahudi?
Jawapan : Stesen televisyen Hamas, Al Aqsa
Maka: Subjek bagi ayat ini ialah stesen televisyen Hamas, Al Aqsa.

Ujian kata kerja : menggunakan kata bantu aspek seperti akan,sedang dan telah dengan kata kerja tersebut iaitu disiarkan
telah disiarkan
akan disiarkan
sedang disiarkan
Maka kata disiarkan merupakan kata kerja.

Ujian objek : Menjadi subjek ayat pasif
Ujian : Kemaraan tentera Yahudi yang disiarkan oleh stesen televisyen Hamas, Al Aqsa
subjek ayat pasif = kemaraan tentera Yahudi
Maka, objek = kemaraan tentera Yahudi

Ayat 3
Stesen televisyen Hamas, Al Aqsa yang kemudian dibom jet Israel
Ujian subjek : Siapakah yang mengebom stesen televisyen Hamas, Al Aqsa?
Jawapan : Jet Israel
Maka: Subjek bagi ayat ini ialah jet Israel.

Ujian kata kerja : menggunakan kata bantu aspek seperti akan,sedang dan telah dengan kata kerja tersebut iaitu dibom
telah dibom
akan dibom
sedang dibom
Maka kata dibom merupakan kata kerja.

Ujian objek : Menjadi subjek ayat pasif
Ujian : Stesen televisyen Hamas, Al Aqsa yang kemudian dibom jet Israel
subjek ayat pasif = stesen televisyen Hamas, Al Aqsa.
Maka, objek = stesen televisyen Hamas, Al Aqsa


Pola Ayat SKK

[subjek] + [kata kerja] + [keterangan]

Ayat 1
Dalam pertempuran awal pagi itu, sembilan askar Yahudi terbunuh.
Ujian subjek : Siapakah yang terbunuh dalam pertempuran awal pagi itu?
Jawapan : sembilan askar Yahudi
Maka: Subjek bagi ayat ini ialah sembilan askar Yahudi.

Ujian kata kerja : menggunakan kata bantu aspek dengan kata kerja tersebut iaitu terbunuh
contoh :
telah terbunuh
akan terbunuh
sedang terbunuh
Maka kata terbunuh merupakan kata kerja.

Ujian keterangan :
Ujian : merupakan unsur boleh digugurkan
Ujian : Sembilan askar Yahudi terbunuh.
unsur yang digugurkan = dalam pertempuran awal pagi itu.

Ayat 2
Kebanyakan rumah tidak lagi berpenghuni kerana penduduknya sudah melarikan diri.
Ujian untuk subjek: Apakah yang tidak lagi berpenghuni kerana penduduknya sudah melarikan diri?
Jawapan: kebanyakan rumah.
Maka:kebanyakan rumah merupakan subjek bagi ayat ini.

Ujian Kata Kerja: menggunakan Kata Bantu akan, telah, sedang dengan kata kerja tersebut iaitu berpenghuni.
contoh :
telah berpenghuni
akan berpenghuni
sedang berpenghuni
Maka kata berpenghuni merupakan kata kerja.

Ujian keterangan: merupakan unsur boleh digugurkan
Ujian : Kebanyakan rumah tidak lagi berpenghuni.
unsur yang digugurkan :kerana penduduknya sudah melarikan diri.
Maka: penduduknya telah melarikan diri merupakan keterangan dalam ayat kerana boleh digugurkan tanpa menjejaskan struktur ayat.

Sumber: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/BeritaUtama/20090104222733/Article/index_html

Tuesday, September 18, 2007

Feel....


honour is what i'm try to achieves,
hope when there is no hopes,
love when we want to share with someone,
care about someone that we love,
hate when our lover were fooled by the the one we loved,
desire to loved someone and to be loved by someone,
sick of troublesome,
weak when feel useless,
incomplete whensomething that can't be done,
to many question in my mind,
hard to get the answer,
sometimes it make me gone crazy,
maybe someday i will find the answer,
but no one know the time will come,
so do i....

Sunday, September 16, 2007

Feel........


honour is what i'm try to achieves,
hopes when theres is no hopes,
love when we want to share with someone,
care about someone that we love,
hate when our love were fooled by the one we loved,
desire to loved someone and to be loved by someone,
sick of troublesome,
weak when feel useless,
incomplete when something that can't be done

Tuesday, September 11, 2007


it fun,

it full with action,

it make me also in that story.