CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, January 15, 2009

FAIZAL TAHIR



Nama lahir
Ahmad Faizal bin Mohammad Tahir
Lahir
26 Oktober 1978 (umur 30)
Asal
Malaysia
Genre
Rock, Balada (dulu nasyid)
Pekerjaan
Penyanyi, penulis lagu
Tahun aktif
2004-kini
Label
Monkey Bone Records (2006-kini)


Faizal Tahir ialah seorang penyanyi Malaysia yang mula dikenali setelah menjadi naib juara musim pertama rancangan realiti One in a Million. Beliau merupakan bekas ahli kumpulan nasyid, Mirwana, tetapi meninggalkan kumpulan tersebut pada tahun 2005 kerana sakit. Namun begitu, beliau telah kembali ke persada seni tanah air dengan memilih genre pop-rock sebagai genre lagu nyanyiannya. Selain itu, beliau juga seorang pengacara televisyen. Faizal bernaung di bawah pengurusan The 8 Unit.


Selepas One in a Million


Faizal mengeluarkan single kedua beliau, Kasih Tercipta, sebagai sebahagian runut bunyi filem Waris Jari Hantu. Beliau juga dinamakan jurucakap Malaysia tunggal untuk jenama pakaian DC Superheroes, kerana beliau dikenali kerana memakai kemeja T yang berlogo Superman sepanjang One in a Million. Beliau turut terlibat dalam rancangan realiti lain dengan mengacara Gangstarz dan merakam lagu Gemuruh sebagai lagu tema My Starz LG.


Rencana utama: Aku.Muzik.Kamu


Album sulung Faizal, Aku.Muzik.Kamu, keluar di pasaran sejak 22 November 2007, dengan menampilkan 13 runut lagu gubahan sendiri beliau bersama-sama Audi Mok, Kuncidemak, Omar K, Aubrey Suwito, Tessh RS, dan Ahmad Izham Omar, termasuk versi orkestra Mahakarya Cinta, dan single asli pertama dari album ini, Batu & Golek (iaitu terjemahan harfiah sepenuhnya bagi ungkapan "Rock n' Roll").
Selepas empat bulan di pasaran, Aku.Muzik.Kamu dilaporkan mencecah jualan 10,000 ribu unit.

Kehidupan peribadi


Faizal kini sudah beristerikan Raihanim Noran yang dikenali beliau di UiTM, dan rumahtangga mereka di Selangor diisi anak lelaki Mikaeel Zidane dan anak perempuan Siti Nur Raudhah.
Faizal mendirikan sebuah studio bernama Home Suite Studio di Ukay Perdana, Ampang, di mana beliau menyumbang karya kepada artis-artis lain seperti Firdaus, Dayang Nurfaizah, Mirwana dan Rast.
Pada awal pagi 14 Mei 2008, Faizal hampir lemas ketika menjalani penggambaran video muzik Sampai Syurga di sebuah pusat akuatik Shah Alam. Namun begitu, penggambaran dalam air itu berjaya disiapkan dengan selamat.[2][3]

Anugerah dan pencapaian


Anugerah Planet Muzik 2008
Artis Lelaki Baru Terbaik
Artis Lelaki Paling Popular
Anugerah Industri Muzik 15
Persembahan Vokal Terbaik dalam Album (Lelaki)
Artis Baru Terbaik
Album Rock Terbaik
Album Terbaik



Lagu Gemuruh

Bila bertalu rentak di kalbu

Hasrat yang tersirat semakin ku buru

Bila bergema laungan gempita

Harapan bernyala nadiku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara

Dari puncak ingin ke angkasa

Berkalungkan bintang berkelipan

Menyerlah jauh dari yang biasa

Bila bertalu rentak di kalbu

Hasrat yang tersirat semakin ku buru

Bila bergema laungan gempita

Harapan bernyala nadiku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara

Dari puncak ingin ke angkasa

Berkalungkan bintang berkelipan

Menyerlah jauh dari yang biasa

Ungkapan ini bukan sekadar bermimpi

Segalanya pastikan terbukti nanti

Gemuruh jiwa semangat membara

Dari puncak ingin ke angkasa

Berkalungkan bintang berkelipan

Menyerlah jauh dari yang biasa


Sumber:

http://ms.wikipedia.org/wiki/Faizal_Tahir

0 comments: