CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, January 15, 2009

FAIZAL TAHIR



Nama lahir
Ahmad Faizal bin Mohammad Tahir
Lahir
26 Oktober 1978 (umur 30)
Asal
Malaysia
Genre
Rock, Balada (dulu nasyid)
Pekerjaan
Penyanyi, penulis lagu
Tahun aktif
2004-kini
Label
Monkey Bone Records (2006-kini)


Faizal Tahir ialah seorang penyanyi Malaysia yang mula dikenali setelah menjadi naib juara musim pertama rancangan realiti One in a Million. Beliau merupakan bekas ahli kumpulan nasyid, Mirwana, tetapi meninggalkan kumpulan tersebut pada tahun 2005 kerana sakit. Namun begitu, beliau telah kembali ke persada seni tanah air dengan memilih genre pop-rock sebagai genre lagu nyanyiannya. Selain itu, beliau juga seorang pengacara televisyen. Faizal bernaung di bawah pengurusan The 8 Unit.


Selepas One in a Million


Faizal mengeluarkan single kedua beliau, Kasih Tercipta, sebagai sebahagian runut bunyi filem Waris Jari Hantu. Beliau juga dinamakan jurucakap Malaysia tunggal untuk jenama pakaian DC Superheroes, kerana beliau dikenali kerana memakai kemeja T yang berlogo Superman sepanjang One in a Million. Beliau turut terlibat dalam rancangan realiti lain dengan mengacara Gangstarz dan merakam lagu Gemuruh sebagai lagu tema My Starz LG.


Rencana utama: Aku.Muzik.Kamu


Album sulung Faizal, Aku.Muzik.Kamu, keluar di pasaran sejak 22 November 2007, dengan menampilkan 13 runut lagu gubahan sendiri beliau bersama-sama Audi Mok, Kuncidemak, Omar K, Aubrey Suwito, Tessh RS, dan Ahmad Izham Omar, termasuk versi orkestra Mahakarya Cinta, dan single asli pertama dari album ini, Batu & Golek (iaitu terjemahan harfiah sepenuhnya bagi ungkapan "Rock n' Roll").
Selepas empat bulan di pasaran, Aku.Muzik.Kamu dilaporkan mencecah jualan 10,000 ribu unit.

Kehidupan peribadi


Faizal kini sudah beristerikan Raihanim Noran yang dikenali beliau di UiTM, dan rumahtangga mereka di Selangor diisi anak lelaki Mikaeel Zidane dan anak perempuan Siti Nur Raudhah.
Faizal mendirikan sebuah studio bernama Home Suite Studio di Ukay Perdana, Ampang, di mana beliau menyumbang karya kepada artis-artis lain seperti Firdaus, Dayang Nurfaizah, Mirwana dan Rast.
Pada awal pagi 14 Mei 2008, Faizal hampir lemas ketika menjalani penggambaran video muzik Sampai Syurga di sebuah pusat akuatik Shah Alam. Namun begitu, penggambaran dalam air itu berjaya disiapkan dengan selamat.[2][3]

Anugerah dan pencapaian


Anugerah Planet Muzik 2008
Artis Lelaki Baru Terbaik
Artis Lelaki Paling Popular
Anugerah Industri Muzik 15
Persembahan Vokal Terbaik dalam Album (Lelaki)
Artis Baru Terbaik
Album Rock Terbaik
Album Terbaik



Lagu Gemuruh

Bila bertalu rentak di kalbu

Hasrat yang tersirat semakin ku buru

Bila bergema laungan gempita

Harapan bernyala nadiku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara

Dari puncak ingin ke angkasa

Berkalungkan bintang berkelipan

Menyerlah jauh dari yang biasa

Bila bertalu rentak di kalbu

Hasrat yang tersirat semakin ku buru

Bila bergema laungan gempita

Harapan bernyala nadiku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara

Dari puncak ingin ke angkasa

Berkalungkan bintang berkelipan

Menyerlah jauh dari yang biasa

Ungkapan ini bukan sekadar bermimpi

Segalanya pastikan terbukti nanti

Gemuruh jiwa semangat membara

Dari puncak ingin ke angkasa

Berkalungkan bintang berkelipan

Menyerlah jauh dari yang biasa


Sumber:

http://ms.wikipedia.org/wiki/Faizal_Tahir

Analisis Konstratif Yasser Arafat

Analisis konstrastif Yassier Arafat


1) Informan yang mengenali muka, tetapi tidak mengetahui namanya (2/9)
2) Informan yang hanya membaca surat khabar berbahasa Cina (7/9)
3) Informan yang membaca surat khabar pada bahagian hiburan sahaja (5/9)
4) Informan yang tidak meminati berita luar negara. (5/9)
5) Informan yang tidak mengenali Yassier Arafat kerana nama beliau ditukar ke dalam bahasa Cina, iaitu “Alafa Ke” (4/9)
6) Informan yang kurang membaca surat khabar berbahasa Melayu. (5/9)
7) Informan yang tidak membaca surat khabar berbahasa Melayu. (1/9)
8) Informan yang tidak suka membaca isu politik. (6/9)
9) Informan yang tidak berminat dengan pemimpin luar Negara. (6/9)
10) Informan yang tidak menyukai berita luar Negara. (1/9)
11) Informan yang kurang meminati berita luar Negara. (3/9)
12) Informan yang tidak mengenali beliau kerana beliau tidak kacak. (1/9)
13) Informan yang tidak mengenali beliau kerana beliau kurang terkenal. (4/9)
14) Informan yang tidak mengenali beliau kerana beliau tiada kaitan dengan Negara kita. (1/9)
15) Informan yang tidak mengenali beliau kerana beliau tiada kaitan dengan diri informan. (1/9)
16) Informan yang tidak mengenali beliau kerana beliau tiada kaitan dengan pelajarannya. (1/9)
17) Informan tidak suka menonton televisyen. (1/9)
18) Informan yang tidak suka menonton televisyen, tetapi suka menonton dvd sahaja. (4/9)
19) Tiada orang yang pernah memberitahu informan tentang Yassier Arafat. (2/9)
20) Informan tidak membaca tentang isu semasa. (1/9)
21) Informan yang tidak membaca tentang Yassier Arafat kerana beliau beragama Islam (1/9).
22) Informan tidak pernah mencari maklumat tentang Palestin. (1/9)

Bagaimana cara untuk membantu informan mengenali Yassier Arafat?
1) Carian di internet
2) Mengarang esei
3) Menjalankan soal selidik


5. Husna binti Hasan1
7. Nur Najwa Hanim binti A.Rani
22. Sharifah Shadratul Nadrah dan hasil bersama semua pelajar HMT329

Tugasan Yasser Arafat

Pada hari Isnin 12/1/2009, Dr.Radiah telah mengarahkan kami melakukan satu aktiviti di dalam kelas. Aktiviti ini berkisar tentang Yaser Arafat. Dr.telah mengarahkan dua orang pelajar yang mengetahui hal Yaser Arafat menemuduga seorang pelajar yang tidak mengetahui hal Yaser Arafat. Maklumat yang didapati adalah seperti di bawah :

Sebab-sebab tidak mengetahui hal Yaser Arafat:

Kumpulan 1
Toh Wni Haur, (27 )
Sharifah Shadhatul Nadrah, 22
Mohd Saiful Bahri, 13

Menurut informan 27, beliau pernah melihat gambar Yaser Arafat tetapi tidak mengetahui nama pemimpin tersebut. Selain itu, beliau juga tidak mengetahui nama pemimpin ini kerana di rumahnya ahli keluarga beliau hanya membaca surat khabar berbahasa Mandarin. Tambahan pula, beliau tidak mahir berbahasa Mandarin. Beliau juga malas membaca ahkbar berbahasa lain.

Kumpulan 2
Chan Yan Yi,( 2 )
Nurul Hana, 19
Nor Fadilah, 15

Menurut informan kumpulan 2 ini iaitu Chan Yan Yi, beliau menyatakan pernah mengetahui tentang Palestin tetapi tidak mengetahui nama pemimpinnya. Beliau juga mengatakan di rumahnya ahli keluarganya hanya membaca akhbar berbahasa Mandarin. Dalam akhbar berbahasa Mandarin, nama orang akan ditukarkan tetapi bunyi masih sama. Nama Yaser Arafat dalam bahasa Mandarin ditukar menjadi alafa ke. Selain itu juga, beliau kurang membaca akhbar berbahasa Melayu dan bahagian politik. Di dalam berita juga, beliau mengatakan tidak pernah mengetahui tentang Yaser Arafat.

Kumpulan 3
Siti Fatimah. 23
Nur Liyana, 16
Ooi Yun Kean, ( 20 )

Menurut informan 20, beliau kurang membaca akhbar bahasa lain selain akhbar berbahasa Mandarin. Beliau juga mengatakan beliau tidak berminat untuk mengetahui tentang pemimpin dari luar negara. Beliau juga tidak berminat dalam hal politik. Yun Kean juga berpendapat bahawa Yaser Arafat kurang terkenal dan tidak begitu kacak. Beliau hanya mengetahui artis dari Hong Kong sahaja. Tambahan pula, Yaser Arafat tidak mempunyai kaitan dengan Malaysia.

Kumpulan 4
Norazri, 14
Hui Ying,( 6 )
Mohd Hazrul, 11

Informan dalam kumpulan ini iaitu Hui Ying mengatakan bahawa beliau tidak mengetahui tentang Yaser Arafat kerana hanya membaca akhbar berbahasa Mandarin dan nama Yaser Arafat akan bertukar menjadi alafa ke. Beliau juga tidak menonton televisyen dan tidak menyukai hal politik.

Kumpulan 5
Husna Hasan, 5
Nur Najwa Hanim, (17 )
Siti Nurhuda,24

Menurut informan di dalam kumpulan ini iaitu 17, beliau tidak mengetahui kerana malas membaca surat khabar tetapi selepas memasuki universiti beliau membaca surat khabar setiap hari. Beliau juga tidak menonton berita luar negara keran beranggapan berita tersebut tidak mempunyai kaitan dengannya. Tetapi beliau mengatakan bahawa mengenali Obama.

Kumpulan 6
Siew Fong (8)
Mohd Khusairi, 12
Wong Siet Li, 29

Informan dalam kumpulan ini ialah Siew Fong. Beliau menyatakan tidak pernah mendengar nama Yaser Arafat dan tiada orang pernah memberitahu kepadanya. Selain itu, beliau juga tidak suka mendengar berita di televisyen tetapi beliau hanya menyukai menonton filem Hong Kong. Beliau juga tidak membaca tentang isu semasa. Beliau juga tidak berminat membaca surat khabar di bahagian luar negara tetapi hanya membaca bahagian hiburan sahaja.

Kumpulan 7
Maisarah, 27
Siti Zaleha, 26
Hui Lean, ( 3 )

Informan 3 mengatakan beliau tidak pernah mendengar nama pemimpin tersebut. Beliau juga tidak pernah membaca akhbar berbahasa Melayu dan tidak pernah mendengar daripada rakan-rakan. Beliau juga tidak pernah menonton berita. selain itu, beliau lebih mengenali Bush berbanding dengan Yasser Arafat.

Kumpulan 8
Nur Hanizah, 18
Siti Nursuhana, 25
Siew Kin, ( 7 )

Informan dalam kumpulan ini ialah bernombor 7. Beliau tidak pernah mendengar nama pemimpin tersebut. Beliau juga tidak pernah membaca akhbar berbahasa Melayu dan Mandarin tetapi hanya menonton dvd dari Korea sahaja. Beliau hanya membaca bahagian hiburan sahaja jika membaca surat khabar. Beliau juga tidak berminat untuk mengetahui tentang Yaser Arafat kerana tidak mempunyai kaitan dengan pelajarannya.

Kumpulan 9
Wan Norhana, 28
Siew Suan,( 9 )
Nashibah, 4

Informan dalam kumpulan ini mengatakan beliau tidak mengenali Yaser Arafat kerana tidak pernah membaca surat khabar berbahasa Melayu tetapi hanya membaca surat khabar berbahasa Mandarin sahaja. Dalam surat khabar ini, nama pemimpin ini telah bertukar. Beliau juga tidak pernah mencari maklumat tentang Palestin. Beliau juga jarang mendengar berita kecuali sesetengah topik sahaja.

Selepas mengumpulkan semua maklumat seperti di atas, kami perlu mengelaskan mengikut maklumat. Di dalam kelas HMT 329, terdapat sembilan orang yang tidak mengenali Yaser Arafat. Berdasarkan maklumat tersebut, maklumat tersebut akan dikelaskan dan diperatuskan.