CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, February 6, 2009

ANALISIS KONSTRATIF “LAGU UNTUKMU”

Lagu Untukmu

Tiada bintang
Dapat menerangkan hati yang telah dicelah
Bagaiku lumpuh tak mampu berdiri
Aku tetap begini
Takkan berubah kerna aku tetap aku
Dan lalu rindumu bukanlah aku

Bahagia kau dan fikiranmu
Berbeza
Kau dan juga aku
Dua hati yang tak mungkin bersatu

Apakah aku
Hanya boneka yang sering engkau mainkan
Yang dikawal oleh jari-jarimu
Ku punya hati dan perasaan pernahkah engkau fikirkan
Cukup cukup oh cukuplah

Tak faham tak faham
Tak dapat ku faham
Melayan sikapmu perawan
Berbeza-berbeza
Kau dan aku berbeza
Kita memang tak serupa
Bebaskan bebaskan
Kunci dilepaskan
Kita tidak sehaluan
Cukuplah sudahlah
Sampai di sini saja
Hubungan kita berdua

sumber: http://www.jiwang.org/portal/modules/liriklagu/liriklagu-comm.php?id=14557

Pada pendapat saya, "Lagu Untukmu" ini memaparkan luahan seseorang terhadap apa yang dialaminya kepada seseorang yang mempunyai hubungan dengannya. Dalam konteks ini, saya ingin mengaitkan lagu tersebut dengan hal isu percintaan remaja sekarang. Hal ini kerana, terdapat persamaan yang jelas antara lirik lagu itu dengan realiti kehidupan sekarang.

Perkara yang dapat dilihat bahawa seseorang yang dimaksudkan dalam lagu tersebut mengalami krisis dengan pasangannya. Dia juga mungkin berasa tertekan disebabkan oleh sikap pasangannya itu dan tiada apa - apa yang boleh menenangkan hatinya. Dia juga merasakan tiada keserasian di antara mereka disebabkan fikiran yang berbeza.

Seterusnya, individu tersebut merasakan dia sudah tidak tahan lagi dipermainkan dan dikongkong oleh pasangan dan tibalah masa untuk dia mengambil keputusan yang boleh menenangkan hatinya.

Oleh yang demikian dia mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan dengan kekasihnya kerana itulah yang dirasakannya jalan penyelesaian yang terbaik untuk kedua-dua pihak.

0 comments: